logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 11 Mac, 2019

Analisis Teknikal Emas untuk 11 Mac, 2019

Emas telah mencapai sasaran jangka pendek yang terletak pada tahap $1,300 seperti yang kami ramalkan untuk beberapa sesi dagangan terakhir dan telah dijelaskan dalam analisis terdahulu kami. Emas berkemungkinan besar akan membuat penarikan semula harga ke arah tahap $1,290 tetapi lantunan harga yang lebih tinggi ke arah $1,310 pada hari-hari yang akan datang. Pergerakkan menurun di bawah tahap $1,290 akan meningkatkan peluang untuk membuat tahap rendah baru ke arah tahap $1,270-60.

Analisis Teknikal Emas untuk 11 Mac, 2019

Garis ungu - saluran kenaikkan harga

Emas telah menghentikan kenaikan harga pada Penarikan Semula Fibonacci 38%. Ini adalah rintangan jangka pendek. Penembusan dan pengukuhan harga di atas tahap tersebut akan membuka jalan untuk harga bergerak ke arah tahap $1,310-12 dan Penarikan Semula Fibonacci 61.8%. Pada awalnya, kita dapat melihat penarikan semula harga ke tahap $1,290-94 sebelum ia bergerak lebih tinggi. Pada tahap semasa, saya bersikap neutral kerana emas berada hampir dengan rintangan jangka pendek dan semua senario terbuka. Sokongan dilihat terletak pada tahap $1,290-87 dan penembusan harga di bawah tahap tersebut akan membuka jalan untuk emas bergerak ke tahap rendah baru $1,270-60. Ini akan disahkan dengan penembusan harga di bawah tahap $1,280. Sebaliknya, harga akan diniagakan lebih tinggi sekitar $1,290, jika harga disokong, boleh membawa kepada pergerakan baru ke arah sasaran Fibonacci seterusnya 61.8%.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan