logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Elliott Bitcoin untuk 22/03/2019

Analisis Gelombang Elliott Bitcoin untuk 22/03/2019

Gambaran keseluruhan pasaran teknikal:

Pasangan mata wang BTC/USD telah menyelesaikan gelombang (b) pada pergerakkan pembetulan $4,110 dan kini membangunkan gelombang (c) ke arah bawah seperti yang dijangkakan. Sokongan teknikal pada tahap $3,981 telah diuji dan pasaran sedikit melantun ke arah tahap $4,000, tetapi tiada momentum di sebalik pergerakkan ini. Sekiranya tahap $3,981 ini ditembusi sekali lagi, sasaran seterusnya akan dilihat pada $3,813. Mana-mana pergerakan harga di atas tahap $4,122 akan membatalkan prospek penurunan harga semasa dan akan mendorong pasangan mata wang BTC/USD untuk melonjak ke tahap $4,246.

Tahap Pangsi Mingguan:

WR3 - $4,456

WR2 - $4,282

WR1 - $4,180

Pangsi Mingguan - $4,000

WS1 - $3,897

WS2 - $3,712

WS3 - $3,614

Cadangan Perdagangan:

Oleh kerana kitaran pembetulan yang belum selesai dalam gelombang (c), pesanan menjual hendaklah diletakkan sedekat yang mungkin ke tahap $4,101, sementara pesanan stop loss diletakkan di atas tahap $4,122. Mana-mana penembusan harga di atas tahap ini akan membatalkan prospek penurunan harga, tetapi pada masa ini, sasaran dilihat pada tahap $3,813.

Analisis Gelombang Elliott Bitcoin untuk 22/03/2019

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan