logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang AUD/USD untuk 28 Mac, 2019

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang AUD/USD untuk 28 Mac, 2019

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang AUD/USD untuk 28 Mac, 2019

Gambaran Keseluruhan:

Pangsi: 0.7112.

Pasangan mata wang AUD/USD ini ditetapkan di atas sokongan kuat pada tahap 0.7046 yang bersamaan dengan tahap Penarikan Semula Fibonacci 23.6% dan 0.7168. Sokongan ini telah ditolak sebanyak empat kali sekaligus mengesahkan aliran menaik. Oleh itu, sokongan utama dilihat terletak pada tahap 0.7046, sebagaimana harga kini masih menunjukkan pengukuhan harga di atasnya. Sehubungan itu, pasangan mata wang ini masih dalam arah aliran menaik di kawasan 0.7046 dan 0.7168. Pasangan mata wang AUD/USD berdagang dalam aliran menaik dari garis sokongan terakhir 0.7112 ke arah tahap rintangan pertama 0.7168 untuk mengujinya. Ini disahkan oleh isyarat indikator RSI bahawa ia masih dalam pasaran aliran menaik. Pasangan mata wang kini diramalkan akan memulakan pergerakan menaik ke tahap 0.7168 dan seterusnya ke tahap 0.7290. Tahap 0.7389 akan bertindak sebagai rintangan utama dan 'double top' telah ditetapkan pada tahap 0.7389. Pada masa yang sama, jika terdapat penembusan harga pada tahap sokongan 0.7112 dan 0.7046, senario ini mungkin akan menjadi terbatal dan tidak sah. Secara keseluruhanya, walau bagaimanapun, kami masih cenderung terhadap senario kenaikkan harga.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan