logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 29 Mac, 2019

Analisis Teknikal Emas untuk 29 Mac, 2019

Emas telah memperlihatkan penurunan yang mendadak semalam di bawah tahap $1,300. Kami telah menerima amaran aliran menaik dengan penembusan harga di bawah tahap $1,310 dan kenyataan bahawa garis aliran sokongan jangka pendek telah ditembusi, yang telah memberikan kami isyarat penurunan harga yang mencukupi untuk mengharapkan pergerakkan harga ke arah bawah $1,290- $1,300. Sokongan utama kini sedang diuji.

Analisis Teknikal Emas untuk 29 Mac, 2019

Segitiga biru - kawasan rintangan

Segitiga hijau - kawasan sokongan utama

Garis biru - garis aliran sokongan jangka pendek (telah ditembusi)

Garis merah - garis aliran sokongan utama

Emas kini mencabar kawasan sokongan utama di bawah $1,290 serendah $1,280. Aliran menaik perlu bertindak pantas dan menolak harga di atas $1,300 sekali lagi. Kegagalan aliran menaik untuk menawan semula tahap $1,300 berkemungkinan besar akan mendorong kepada penembusan harga pada tahap $1,280 dan menekan lebih rendah ke arah kawasan $1,260-50. Aliran harga jangka panjang emas kekal menurun selepas ia menembusi garis aliran biru dan $1,310. Penembusan harga di bawah tahap $1,280 akan meletakkan aliran menaik jangka sederhana dalam bahaya berubah kepada penurunan harga.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan