logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Elliott Bitcoin untuk 01/04/2019

Analisis Gelombang Elliott Bitcoin untuk 01/04/2019

Gambaran keseluruhan pasaran teknikal:

Pasangan mata wang BTC/USD telah menyelesaikan kitaran pembetulan gelombang 2 pada tahap $3,903 meskipun harga bergerak lebih dalam ke arah tahap $3,813. Walau bagaimanapun, pergerakkan ini tidak berlaku ekoran pembangunan gelombang ditamatkan lebih awal dari jangkaan. Sejak itu, harga telah membuat percubaan untuk menaikkan harga di atas zon rintangan teknikal yang terletak di antara tahap $4,076 - $4,104 dan membentuk corak harga tinggi baru pada $4,173. Kenaikkan harga adalah impulsif dan bahagian lebih tinggi pada tahap $4,176 dilabel sebagai bahagian atas gelombang (1). Pada masa ini, pasaran sedang membentangkan pembetulan dalam gelombang (2) dan apabila pembetulan ini telah selesai satu lagi gelombang dijangkakan. Senario impulsif menaik akan dibatalkan jika tahap $3,903 ditembusi.

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - $4,530

WR2 - $4,354

WR1 - $4,258

Pangsi Mingguan - $4,077

WS1 - $3,989

WS2 - $3,805

WS3 - $3,717

Cadangan Perdagangan:

Semua pesanan menjual harus ditutup dan hanya pesanan beli harus dibuka semasa kitaran gelombang (2). Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pada tahap $4,715. Sasaran paling hampir dilihat pada tahap $4,246.

Analisis Gelombang Elliott Bitcoin untuk 01/04/2019

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan