logo

FX.co ★ GBP/USD: Ulasan Teknikal untuk 01.04.2019

GBP/USD: Ulasan Teknikal untuk 01.04.2019

Dinamik semasa

Merujuk kepada carta 4-jam, instrumen ini memperlihatkan pembetulan menaik dari garis lebih rendah Bollinger Bands (1.2976). Sasaran utama pembetulan terletak pada tahap 1.3122 (Murray [3/8]) yang sepadan dengan garis tengah Bollinger Bands. Sekiranya aliran menaik berjaya menolak harga di atas tahap 1.3134, pembetulan harga berpotensi untuk meneruskan pergerakkan ke kawasan 1.3183 (Murray [4/8]). Kawasan 1.3183 boleh menghalang kadar GBP/USD dari kenaikan aktif, kerana kemungkinan pembalikkan menurun adalah tinggi di sana. Sementara itu, penembusan harga pada tahap 1.3183 akan membenarkan harga berkembang ke tahap 1.3244 (Murray [5/8]). Aliran menurun akan dipulihkan selepas harga ditetapkan di bawah tahap 1.3000 (Murray [1/8]). Dalam kes ini, sasaran seterusnya untuk penjual akan terletak pada tahap 1.2939 (Murray [0/8]) yang merupakan sokongan utama untuk pasangan mata wang EUR/USD dalam dagangan jangka pendek.

Kebanyakkan indikator teknikal mencerminkan penyelenggaraan penurunan harga yang berpotensi, namun kesinambungan pembetulan menaik diramalkan dalam dagangan jangka pendek.

Bollinger Bands sedikit cendeerung ke arah bawah. MACD berkurangan dalam zon negatif. Stokastik mensasarkan ke tahap lebih tinggi dan menandakan perkembangan pembetulan menaik.

GBP/USD: Ulasan Teknikal untuk 01.04.2019

Sokongan dan Rintangan:

Tahap sokongan: 1.3000, 1.2939, 1.2878, 1.2817.

Tahap rintangan: 1.3061, 1.3122, 1.3183, 1.3244.

Senario perdagangan:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.3122 dengan sasaran ditetapkan di sekitar tahap 1.3183 dan stop loss pada 1.3100.

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.3000 dengan sasaran ditetapkan di sekitar tahap 1.2939 dan stop loss 1.3120.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan