Dinamik semasa
Menurut carta 4 jam, pasangan mata wang USD/CAD ini dilihat telah melantun dari tahap sokongan mendatar 1.397 tetapi belum menembusi rintangan 1.3336 (Murray [5/8]), yang menghalang kenaikkan pada tahap 1.3366 (Murray [6/8]). Selainitu, pasangan mata wang ini telah berdagang dengan stabil di atas tahap 1.3366 dan berkemungkinan untuk menetapkan tahap 1.3397 dan 1.3427 sebagai sasaran belian yang baru. Sekiranya pasangan mata wang USD/CAD ini gagal mengukuh di atas tahap 1.3336, maka pasangan mata wang ini diramalkan akan meneruskan aliran menurun dan menguji tahap 1.3305 (Murray [4/8]). Tahap 1.3305 seolah-olah bertindak sebagai sokongan yang kuat kerana penembsan harga pada tahap ini boleh menolak harga turun ke tahap 1.3275 (Murray [3/8]) - 1.3244 (Murray [2/8]). Indikator teknikal kebanyakannya mencerminkan penyelenggaraan sederhana aliran menurun secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, pembetulan menaik diramalkan dalam dagangan jangka pendek. Bollinger Bands cenderung ke arah bawah. Volum MACD perlahan menurun dalam zon negatif. Stokastik telah meninggalkan kawasan 'oversold' dan menyatakan ke arah atas, mencerminkan kemungkinan pembentukan pergerakan menaik.
Sokongan dan Rintangan
Tahap Sokongan: 1.3305, 1.3275, 1.3244, 1.3214.
Tahap Rintangan: 1.3336, 1.3366, 1.3397, 1.3427.
Senario Dagangan
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 1.3336 dengan sasaran ditetapkan di sekitar tahap 1.3366-1.3397 dan stop loss pada tahap 1.3316.
Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.3305 dengan sasaran ditetapkan di sekitar tahap 1.3275 dan stop loss pada tahap 1.3320.
