logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EURUSD untuk 8 April, 2019

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EURUSD untuk 8 April, 2019

Pasangan mata wang EURUSD menunjukkan tanda-tanda penstabilan apabila aliran menurun telah melemah dan terdapat isyarat kemungkinan untuk harga melantun semula ke arah tahap 1.13. Aliran harga jangka pendek dan jangka sederhana terus menurun, namun kami menjangkakan aliran jangka pendek berubah menjadi menaik dan mendorong pasangan mata wang ini untuk melantun dengan baik sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.13.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EURUSD untuk 8 April, 2019

Garis merah - saluran menurun

Segitiga hijau - kawasan sokongan

Garis hitam - rintangan jangka pendek

Garis biru - perbezaan (divergence) kenaikkan harga

Isyarat peralihan menaik yang kami nyatakan pada minggu lalu adalah amaran untuk aliran menurun kehilangan momentum. Penembusan harga di atas garis rintangan jangka pendek hitam, saya menjangkakan bahawa pasangan mata wang EURUSD ini akan mencapai tahap 1.1270 dengan cepat dan idealnya akan menguji sempadan saluran menaik dan kawasan rintangan 1.1310-1.1330. Rintangan utama ditemui di kawasan 1.14-1.1450 dan menembusi semula tahap ini akan mengubah aliran jangka sederhana ke arah atas.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan