logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EURUSD untuk 12 April, 2019

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EURUSD untuk 12 April, 2019

Pasangan mata wang EURUSD meneruskan dagangan dalam aliran menaik jangka pendek selepas menembusi di atas tahap 1.1230 dan dalam arah aliran menurun jangka sederhana selagi harga diniagakan di bawah tahap 1.1350-1.14. Hari ini, pasangan mata wang EURUSD ini memulakan dagangan dengan baik sebagaimana ia dilihat telah membuat tahap tinggi jangka pendek yang baru.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EURUSD untuk 12 April, 2019

Garis merah - perbezaan (divergence) kenaikkan harga

Garis hitam - rintangan utama

Pasangan mata wang EURUSD ini sebahagian besarnya diniagakan dalam aliran mendatar dengan cerun negatif sejak musim panas lalu apabila tanda-tanda penangguhan kenaikan harga bermula. Perbezaan (divergence) adalah amaran tetapi bukan isyarat untuk pembalikan harga. Pasangan mata wang EURUSD telah diniagakan sekitar tahap Penarikan Semula Fibonacci 61.8% dari keseluruhan rali 2016-2018. Harga telah membentuk pola baji menurun. Rintangan utama kekal pada tahap 1.14 dan selagi harga berada di bawah tahap tersebut, trend jangka sederhana akan terus menurun. Terdapat kebarangkalian yang tinggi untuk pasangan mata wang ini menghampiri sempadan baji menaik sekitar tahap 1.1370-1.1360 kerana aliran jangka pendek adalah menaik dan kami terus melihat harga di bawah sokongan jangka pendek pada tahap 1.1250.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan