logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EURUSD untuk 19 April, 2019

Analisis Teknikal EURUSD untuk 19 April, 2019

Pasangan mata wang EURUSD dilihat telah menembusi sokongan di bawah tahap 1,1280 pada semalam dan keluar dari saluran kenaikkan harga jangka pendek yang menyebabkan aliran jangka pendek diniagakan semula dalam aliran menurun. Kegagalan pasangan mata wang ini untuk menembusi di atas tahap rintangan jangka sederhana 1.1330 akan menyebabkan penolakan harga dan bergerak ke arah 1.1250 dan lebih rendah. Aliran menaik perlu bertindak balas sekarang atau kita mungkin akan melihat tahap rendah baru di bawah 1.12-1.1170 tidak lama lagi.

Analisis Teknikal EURUSD untuk 19 April, 2019

Garis merah - saluran menurun jangka sederhana

Garis hitam - corak baji menaik

Pasangan mata wang EURUSD ini telah ditolak sekali lagi di sempadan saluran menaik. Aliran harga untuk dagangan jangka sederhana masih melemah dan selepas pembalikan harga semalam dan kegagalan harga untuk mengukuh di atas tahap 1.1250 adalah isyarat menurun jangka pendek. Gambaran yang lebih besar pada pasangan mata wang EURUSD pada carta mingguan menunjukkan aliran menurun. Selagi harga berada di dalam corak baji menurun dan saluran penurunan harga merah, aliran harga akan terus menurun. Sokongan utama terletak pada tahap Penarikan semula Fibonacci 61.8% telah dicapai dan harga berada hampir pada tahap sokongan ini. Titik perubahan utama berkemungkinan besar akan berlaku tidak lama lagi dan memihak kepada aliran menaik. Kenaikkan harga perlu menembusi tahap 1.13 dan kekal di atasnya. Pembalikan aliran utama akan disahkan pada penembusan harga di atas tahap 1.14-1.1450.

Sehingga itu, harga berpotensi untuk diniagakan di bawah tahap 1.12.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan