logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 29.04.2019:

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 29.04.2019:

Tinjauan Pasaran Teknikal:

Pasangan mata wang EUR/USD dilihat telah melantun dari tahap 1.1118 selepas mencapai tahap rendah kedua pada 1.1112. Terdapat pembentukkan graflilin Pin Bar yang terbentuk pada tahap tersebut, oleh yang demikian, kenaikkan harga diramalkan akan berlaku. Walau bagaimanapun, setakat ini lantunan harga adalah kecil dan pasaran hanya cuba menguji rintangan teknikal yang terletak pada tahap 1.1176. Indikator RSI masih di bawah tahap lima puluh, tetapi keadaan pasaran 'oversold' bagaimanapun telah membantu aliran menaik sekurang-kurangnya untuk menghentikan seketika aliran menurun dan membuat penarikan semula harga.

Pangsi Mingguan:

WR3 - 1.1369

WR2 - 1.1315

WR1 - 1.1220

Pangsi Mingguan: 1.1165

WS1 - 1.1067

WS2 - 1.1006

WS3 - 1.0913

Cadangan Perdagangan:

Tahap 1.1176 adalah merupakan rintangan teknikal utama untuk pasangan mata wang ini, oleh yang demikian, lebih baik untuk mengambil pesanan menjual pada tahap ini. Walau bagaimanapun, jika pasangan mata wang EUR/USD ini menembusi tahap rintangan, maka penarikan pembetulan hagra akan meningkat lebih tinggi dan pesanan menjual harus ditutup dan pesanan membeli jangka pendek harus dibuka dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.1210.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 29.04.2019:

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan