logo

FX.co ★ Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang EURUSD untuk 05 Ogos, 2019

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang EURUSD untuk 05 Ogos, 2019

Pelan Perdagangan Pasangan Mata Wang EURUSD untuk 05 Ogos, 2019

Tinjauan Teknikal:

Pasangan mata wang EUR/USD ini telah menghasilkan rali aliran kaunter yang diramalkan dan dibincangkan minggu lalu. Pada masa ini, pasangan mata wang tunggal dilihat berdagang pada tahap 1.1118/20 selepas menembusi tahap tinggi urusniaga harian 1.1133. Sila ambil perhatian bahawa ia telah menguji garis aliran rintangan serta-merta dan dijangka akan menghasilkan reaksi penurunan harga. Sila ambil perhatian bahawa rintangan harga segera terletak pada tahap 1.1162, dan diikuti oleh tahap 1.1188. Melihat ke dalam struktur gelombang, pasangan mata wang EUR/USD nampaknya sedang berkembang menjadi gelombang 3, setelah gelombang 1 dan 2 berakhir seperti yang digambarkan di sini pada carta 4 Jam. Selain itu, sila ambil perhatian bahawa tahap rintangan Fibonacci 0.382 pada penurunan baru-baru ini di antara tahap 1.1280 hingga 1.1026 telah diuji dan harga menurun lebih rendah sewaktu artikel ini ditulis. Harga semasa dilihat berada pada tahap 1.1114 dan menghasilkan pola graflilin corak 'shooting star' pada carta di atas. Ini adalah strategi yang ideal untuk mula mengambil pesanan menjual dengan risiko ditetapkan di atas tahap 1.1280. Sementara itu, penembusan harga di atas tahap 1.1162 masih akan menemui rintangan yang hampir dengan tahap 1.1200.

Pelan Perdagangan:

Kekal pada pesanan menjual, dengan menetapkan pesanan Stop Loss pada tahap 1.1280, dan sasaran terbuka.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan