logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 13/09/2019

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 13/09/2019

Tinjauan Pasaran Teknikal:

Pasangan mata wang GBP/USD telah diniagakan di bawah garis aliran, walau bagaimanapun pergerakkan menurun tidak begitu mempengaruhi kerana harga hanya mencapai ke tahap 1.2284 dan melantun semula. Sekiranya aliran menaik ingin mendominasi sepenuhnya ke atas pasaran, harga perlu bergerak ke arah sasaran seterusnya yang dilihat terletak pada tahap 1.2430 (rintangan teknikal mingguan dari Januari 2018). Sebaliknya, sasaran seterusnya untuk aliran menurun, jika harga meneruskan penarikan semula pada tahap 1.2224 atau bahkan pada tahap 1.2175. Aliran harga pada carta masa yang lebih besar kekal menurun dan kenaikan harga ini akan dianggap sebagai rali pembetulan dalam arah aliran menurun.

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - 1.2838

WR2 - 1.2600

WR1 - 1.2467

Pangsi Mingguan - 1.2210

WS1 - 1.2063

WS2 - 1.1816

WS3 - 1.1679

Cadangan Perdagangan:

Strategi dagangan terbaik untuk keadaan pasaran semasa adalah untuk berdagang dengan aliran harga pada carta masa yang lebih besar, yang kini berdagang dalam aliran menurun. Semua pergerakkan menaik akan dianggap sebagai pembetulan tempatan dalam aliran menurun. Untuk membalikkan harga dari aliran menurun kepada aliran menaik, tahap utama untuk kenaikkan harga akan dilihat terletak pada tahap 1.2429 dan ia mesti ditembusi dengan jelas. Selagi harga didagangkan di bawah tahap ini, arah aliran menurun akan dilanjutkan ke tahap 1.2000 dan lebih rendah lagi.Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 13/09/2019

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan