Tinjauan Pasaran Teknikal:
Volatiliti harga bagi pasangan mata wang GBP / USD dengan jelas melakukan pergerakan menaik dan pasangan mata wang terperangkap dalam julat mendatar yang terletak di antara tahap 1.2783-1.2865 kerana tiada penembusan utama berlaku lagi. Peserta pasaran menunggu penembusan harga dalam sebarang arah aliran harga, tetapi sebaliknya, pasaran mungkin membentuk corak kenaikan harga atau Pennant. Walaupun momentum neutral, penurunan harga semakin aktif dan cuba menolak harga ke tahap yang lebih rendah ke arah sokongan teknikal seterusnya yang terletak pada tahap 1.2783. Sokongan teknikal utama masih terletak pada tahap 1.2561. ARah aliran jangka masa yang lebih besar masih menurun.
Mata Pivot Mingguan:
WR3 - 1.3149
WR2 - 1.3068
WR1 - 1.2923
Pivot Mingguan - 1.2842
WS1 - 1.2710
WS2 - 1.2624
WS3 - 1.2478
Cadangan Perdagangan:
Strategi terbaik untuk keadaan pasaran semasa adalah untuk berdagang dengan arah aliran jangka masa yang lebih besar, dimana ia adalah menurun. Semua pergerakan ke atas akan dianggap sebagai pembetulan tempatan dalam aliran menurun. Untuk membalikkan arah aliran dari bawah ke atas, tahap utama untuk pergerakan kenaikan harga dilihat pada tahap 1.3000 dan ia perlu jelas ditembusi. Sokongan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.2231 - 1.2224 dan rintangan teknikal jangka panjang utama terletak pada tahap 1.3509. Selagi harga didagangkan di bawah tahap ini, aliran menurun terus ke arah tahap 1.1957 dan ke bawah.

