EURUSD melakukan pergerakan pada tahap rendah jangka pendek baru berbanding awal minggu ini. Bagaimanapun harga masih berada di sekitar sokongan Fibonacci utama sekitar 1.10. Dengan amaran pergerakan menaik dalam carta 4 jam, pedagang tidak boleh terkejut dengan lantunan harga ke tahap 1.1030 dan lebih tinggi.

Garis merah - perbezaan pergerakan kenaikkan harga
Segi empat tepat oren - Kawasan sokongan Fibonacci
EURUSD menghormati tahap anjakan 61.8% setakat ini. Harga menghasilkan tahap rendah tetapi RSI tidak mengikuti carta 4 jam. Ini adalah amaran untuk berhati-hati bagi pergerakan penurunan harga. Lantunan ke arah 1.1030 boleh dilihat pada hari ini atau bahkan esok ... ARah aliran harga kekal menurun dalam tempoh jangka pendek selagi harga berada di bawah 1.1180 tetapi kita boleh mendapatkan indikator pembalikan arah aliran jika pergerakan kenaikan harga berjaya menawan dan kekal di atas 1.11. Penembusan harga di bawah tahap 1.10 dan kekal di bawahnya akan membuka ruang untuk pergerakan ke arah 1.0944 terlebih dahulu.
