Pasangan mata wang USD/JPY ini telah melantun semula ke kawasan rintangan 110. Kali terakhir harga berada pada tahap semasa, harga telah ditolak sekali lagi pada garis arah aliran condong menurun dan ditarik ke arah tahap 108.20. Adakah kita akan melihat penolakan harga yang lain?

Garis biru - garis aliran rintangan
Garis aliran rintangan ini telah disahkan sebanyak beberapa kali pada sebelum ini sebagai tahap rintangan utama. Harga masih diniagakan di sini lagi. Penolakan sekarang boleh membawa kepada penurunan harga di bawah 108. Itulah sebabnya saya lebih gemar untuk mencadangan penjualan selagi harga berada di bawah garis aliran dan di bawah 110.30. Saya akan berhati-hati terhadap bahagian menaik dan menunggu untuk melihat jika tahap tinggi baru di atas 110.30 berlaku, adakah oscillator akan membentuk tahap tinggi yang lebih tinggi baru atau akan kita melihat penurunan harga? Buat masa ini saya memberi tumpuan kepada senario penurunan harga.
