logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 20/02/2020:

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 20/02/2020:

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang EUR/USD ini meneruskan dagangan lebih rendah, tetapi baru-baru ini carta telah mendatar dan pasaran kini berdagang begitu hampir dengan saluran, di antara tahap 1.0782 - 1.0815. Semua lonjakan harga selepas penjualan telah menjadi cetek, oleh yang demikian, tekanan menurun masih tinggi meskipun keadaan pasar yang terlalu 'terlebih jualan'. Momentum masih melemah dan negatif dan tidak ada tanda-tanda untuk sebarang pembalikan aliran harga lagi. Sasaran berikutnya untuk aliran menurun dilihat pada tahap 1.0772 dan rintangan teknikal segera dilihat pada tahap 1.0832 dan 1.0823. Berhati-hati dengan penjualan pendek.

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - 1.1027

WR2 - 1.0991

WR1 - 1.0896

Pangsi Mingguan - 1.0858

WS1 - 1.0763

WS2 - 1.0726

WS3 - 1.0633

Cadangan Perdagangan:

Strategi dagangan terbaik untuk keadaan pasaran semasa adalah sama seperti pada beberapa bulan-bulan kebelakangan ini: perdagangan dengan aliran jangka masa yang lebih besar, yang menurun. Semua pergerakan menaik akan dianggap sebagai pembetulan tempatan dalam aliran menurun. Aliran menurun adalah sah selama ia ditamatkan atau tahap 1.1445 ini ditembusi dengan jelas. Terdapat corak harga Ending Diagonal yang dapat dilihat pada carta masa yang lebih besar seperti mingguan, yang menunjukkan kemungkinan penamatan aliran menurun tidak lama lagi. Tahap jangka pendek utama ialah sokongan teknikal pada tahap 1.0981 dan rintangan teknikal pada tahap 1.1267.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 20/02/2020:

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan