Pasangan mata wang EURUSD kekal diniagakan dalam arah aliran menurun. Harga terus membuat tahap rendah yang lebih rendah dan tahap tinggi yang lebih rendah. Sekiranya aliran menaik berjaya menawan semula tahap 1.08, maka kita akan dapat melihat lantunan harga yang lebih tinggi ke arah 1.09-1.0945. Persediaan ini didasarkan pada tahap rintangan yang ditunjukkan oleh indikator Ichimoku cloud.

Segitiga hijau - rintangan
Segitiga kuning - sasaran jika rintangan ditembusi
Pasangan mata wang EURUSD ini didagangkan di bawah tenkan-sen (indikator garis merah). Jika kita melihat pada 4 jam, di atas 1.08, maka kita harus mengharapkan harga akan menguji kijun-sen (indikator garis kuning) yang terletak di sekitar tahap 1.09-1.0945. Trend jangka pendek kekal menurun. Tiada tanda pembalikan harga lagi. Penembusan harga pada tahap 1.08 untuk aliran menaik akan menjadi isyarat kenaikkan harga yang pertama. Selepas minggu yang buruk untuk aliran menaik EURUSD, pada akhir minggu, kita dapat melihat beberapa pengambilan untung oleh aliran menaik, sekaligus dapat membantu pasangan mata wang EURUSD untuk melantun.
