logo

FX.co ★ 20 Mac, 2020 : Analisis Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD

20 Mac, 2020 : Analisis Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD

20 Mac, 2020 : Analisis Teknikal Urusniaga Harian dan Cadangan Perdagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD

Pada 30 Disember, corak pembalikan menurun ABC yang telah dimulakan sekitar tahap 1.1235 telah menjadikan tinjauan teknikal lemah.

Sejak itu, pasangan mata wang EURUSD telah diniagaakn rendah dalam saluran penurunan harga sehingga beberapa minggu yang lalu, apabila penurunan harga yang rendah telah menembusi tahap baru sekitar 1.0790 di mana pasangan mata wang EUR/USD kelihatan TERLEBIH JUALAN selepas kemerosotan penurunan yang ketara.

Pada 20 Februari, tanda-tanda pemulihan kenaikkan harga semasa telah ditunjukkan sekitar tahap 1.0790 yang membawa kepada pergerakan kenaikan harga baru-baru ini ke arah 1.1000 dan kemudian 1.1175.

Tahap harga (1.1175) merupakan zon kesesakan sementara dalam pertemuan dengan asal pola ABC yang disebut tadi.

Julat penyatuan sementara ditunjukkan ke tahap 1.1100-1.1095 di mana satu lagi kenaikan harga dengan cepat mensasarkan ke tahap 1.1235, 1.1360 dan diikuti tahap 1.1480.

Dengan erti kata lain, Tahap harga 1.1235 (Zon Utama) dan 1.1360 telah ditembusi oleh kepada kenaikan harga sehingga awal minggu lalu apabila corak pembalikan menurun (123) dimulakan sekitar tahap harga 1.1480.

Ini menjadikan tinjauan teknikal jangka pendek untuk pasangan mata wang EURUSD menurun apabila ketahanan aliran menurun di bawah Zon Utama 1.1235 dikekalkan pada carta harian.

Bagi pedagang konservatif, penarikan semula menaik sebelumnya ke arah tahap 1.1235 dicadangkan untuk dipertimbangkan untuk penolakan menurun dan kemasukan pesanan MENJUAL yang sah.

Sebaliknya, pola Head & Shoulders menurun jangka menengah yang disebutkan telah mencapai semua tahap sasaran unjurannya.

Pada masa ini, pasangan mata wang EURUSD dilihat sedang menguji semula bahagian belakang saluran penurunan harga di mana ini adalah isyarat awal penolakan kenaikkan harga patut dijangkakan.

Penembusan harga pada carta 4 Jam serta perbezaan negatif menunjukkan kebarangkalian kenaikan harga yang tinggi sekurang-kurangnya ke arah 1.0880, 1.1000 dan 1.1060 yang perlu diperhatikan oleh pedagang konservatif.

Mana-mana penembusan aliran menaik di atas tahap 1.1060 akan mendorong kenaikkan harga yang selanjutnya ke arah 1.1175.

Sebaliknya, penutupan penurunan harga pada carta 4 Jam di bawah tahap 1.0670 akan membatalkan senario terdahulu dan membolehkan penurunan harga menurun ke arah tahap 1.0606 dan mungkin juga pada tahap 1.0580.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan