Gambaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD telah hampir mencapai Penarikan Semula Fibonacci 61% yang terletak pada tahap 1.2516 meskipun keadaan pasaran yang kini terlebih belian. Walau bagaimanapun, aliran menaik telah ditolak dari tahap tersebut dan harga bergerak ke arah sokongan teknikal paling hampir yang terletak pada tahap 1.2308. Masih terdapat tanda-tanda pembalikan trend tempatan dan momentum masih kukuh dan positif. Sokongan teknikal seterusnya dilihat pada tahap 1.2199, oleh yang demikiam, terdapat ada ruang untuk penurunan harga. Penting untuk dinyatakan bahawa trend harga pada carta masa yang lebih besar masih menurun dan semua pergerakan harga kan dianggap sebagai pembetulan aliran kaunter tempatan semasa trend menurun.
Titik Pangsi Mingguan:
WR3 - 1.3952
WR2 - 1.3223
WR1 - 1.2933
Pangsi Mingguan - 1.2180
WS1 - 1.1877
WS2 - 1.1101
WS3 - 1.0804
Cadangan Perdagangan:
Ketakutan akibat wabak coronavirus sangat kuat di kalangan pelabur global dan ia mendominasi pasaran kewangan. Bagi pasangan mata wang GBP/USD, trend utama adalah penurunan harga, tetapi pembalikan harga diramalkan apabila pandemik coronavirus berjaya dikawal. Sokongan teknikal jangka panjang utama telah ditembusi pada baru-baru ini (1.1983) dan yang baru dilihat pada tahap 1.1404. Rintangan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.3518. Hanya jika salah satu daripada tahap ini ditembusi dengan jelas, trend utama mungkin takan diterbalikan (1.3518) atau dipercepatkan (1.1404).

