logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 09 April , 2020

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 09 April , 2020

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 09 April , 2020

Gambaran Keseluruhan:

Pasangan mata wang GBP/USD mula pulih apabila ia mencapai titik puncak 1.2484. Di tengah-tengah peristiwa sebelumnya, harga masih bergerak di antara tahap 1.2256 dan 1.2484.

Titik pangsi ditetapkan pada harga 1.2256. Rintangan dan sokongan dilihat pada tahap 1.2484 (juga, 'Double top' telah ditetapkan pada tahap 1.2484) dan 1.2256, masing-masing.

Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk berhati-hati semasa membuat pesanan di kawasan harga ini. Oleh itu, kita perlu menunggu sehingga saluran mendatar berakhir. Harga semasa dilihat pada tahap 1.2338 yang mewakili tahap utama hari ini.

Tahap 1.2484 akan bertindak sebagai rintangan pertama hari ini. Justeru, sekiranya pasangan mata wang ini gagal menembusi tahap 1.2484, pasaran akan menunjukkan peluang penurunan harga di bawah rintangan kuat pada tahap 1.2484. Pesanan menjual disyorkan di bawah tahap 1.2484 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 1.2256.

Tahap 1.2256 mewakili titik pangsi harian. Sekiranya harga menembusi tahap sokongan 1.2256, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan bergerak ke arah bawah dan meneruskan pembangunan arah aliran menurun ke tahap 1.2087.

Pangsi mingguan dilihat pada tahap 1.2256. Pasaran masih dalam aliran menurun. Kami masih cenderung kepada senario penurunan harga dalam jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, pesanan Stop Loss harus diletakkan di atas gelombang kenaikkan terakhir di sekitar tahap 1.2500.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan