Gamabaran Teknikal Pasaran:
Pasangan mata wang GBP/USD perlahan-lahan diniagakan lebih tinggi selepas ia mencapai tahap rendah 1.2246 dan mungkin sedang mengembangkan corak Falling Wedge. Pola ini dapat dihentikan pada tahap 1.2385, maka adalah perlu untuk pedagang mengawasi tahap ini dalam urusniaga harian. Aliran harga pada carta masa yang lebih besar kekal menaik, tetapi dalam dagangan jangka pendek, penurunan harga sedang mendominasi pasaran dan sasaran yang seterusnya untuk pasangan mata wang ini dilihat berada pada tahap 1.2165. Perlu diperhatikan bahawa tahap 1.2165 telah memberikan sokongan untuk beberapa waktu sekarang, oleh yang demikian, penembusan harga pada tahap ini akan menyebabkan penjualan yang lebih rendah menuju ke tahap 1.2000.
Titik Pangsi Mingguan:
WR3 - 1.2855
WR2 - 1.2741
WR1 - 1.2613
Pangsi Mingguan - 1.2507
WS1 - 1.2367
WS2 - 1.2267
WS3 - 1.2125
Cadangan Perdagangan:
Rasa takut terhadap kesan coronavirus sangat kuat di kalangan pelabur global dan ia berlaku di pasaran kewangan. Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan dalam aliran menurun, tetapi pembalikan harga mungkin terjadi ketika pandemik coronavirus berjaya diatasi. Sokongan teknikal jangka panjang utama semasa telah ditembusi (1.1983) dan yang baru dilihat pada tahap 1.1404. Rintangan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.3518. Hanya jika salah satu tahap ini berjaya ditembusi dengan jelas, maka trend utama mungkin akan diterbalikan (1.3518) atau dipercepatkan (1.1404).

