logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 28/04/2020:

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 28/04/2020:

Gambaran Teknikal Pasaran:

Setelah lantunan dari tahap 1.0727, pasangan mata wang EUR/USD ini kemudiannya melonjak naik lebih tinggi perlahan-lahan menuju rintangan jangka pendek utama yang terletak pada tahap 1.0878. Setakat ini, aliran menaik berpotensi untuk membentuk tahap tinggi baru pada 1.0849 dan pasangan mata wang ini sekali lagi berada di bawah tekanan menurun. Sebelum aliran menaik berjaya mencapai tahap rintangan 1.0878, terdapat tahap rintangan teknikal tempatan yang terletak pada 1.0846 yang mesti ditembusi oleh pasangan mata wang ini terlebih dahulu. Momentumnya masih kuat dan positif dan keadaan pasaran masih belum terlebih belian (overbought), maka peluang untuk kenaikan yang lain adalah tinggi.

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - 1.1057

WR2 - 1.0976

WR1 - 1.0895

Pangsi Mingguan - 1.0809

WS1 - 1.0731

WS2 - 1.0641

WS3 - 1.0563

Cadangan Perdagangan:

Rasa takut terhadap impak coronavirus sangat kuat di kalangan pelabur global dan ia juga berlaku di pasaran kewangan. Aliran harga utama bagi pasangan mata wang EUR/USD adalah penurunan harga, tetapi pembalikan harga mungkin akan berlaku apabila wabak pandemik coronavirus berjaya ditangani. Sokongan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.0336 sementara rintangan teknikal jangka panjang utama pula dilihat pada tahap 1.1540. Hanya jika salah satu daripada tahap ini berjaya ditembusi dengan jelas, trend utama harga mungkin akan diterbalikan (1.1540) atau dipercepatkan (1.0336).

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 28/04/2020:

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan