logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 04/05/2020:

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 04/05/2020:

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD telah ditolak ke paras tinggi sebelumnya pada 1.2645 dan terdapat kemungkinan, corak Double Top dibuat pada akhir pergerakan. Sejak daripada itu, aliran menurun berjaya mendorong harga ke tahap Penarikan Semula Fibonacci 50% yang terletak pada tahap 1.2443. Penembusan harga pada tahap ini akan membuka jalan untuk harga menuju ke sasaran menurun seterusnya yang dilihat terletak pada tahap Penarikan Semula Fibonacci 61%, 1.2397. Terdapat garis aliran menaik jangka pendek yang hampir dengan tahap ini, maka aliran menurun berkmungkinan besar akan menghadapi kesukaran untuk menembusinya. Sila ambil perhatian bahawa pasaran akan turun dari tahap terlebih belian (overbought) dan indikator momentumnya neutral, tetapi apabila ia bergerak ke arah bawah, maka penjualan mungkin akan meningkat ke tahap 1.2246.

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - 1.2909

WR2 - 1.2757

WR1 - 1.2605

Pangsi Mingguan - 1.2476

WS1 - 1.2324

WS2 - 1.2200

WS3 - 1.2054

Cadangan Perdagangan:

Rasa takut terhadap impak coronavirus sangat kuat di kalangan pelabur global dan ia juga berlaku di pasaran kewangan. Aliran harga utama bagi pasangan mata wang GBP/USD kekal menurun, tetapi pembalikan harga mungkin terjadi apabila pandemik coronovirus berjaya diatasi. Sokongan teknikal jangka panjang utama (1.1983) telah ditembusi pada baru-baru ini dan sokongan baru dilihat pada tahap 1.1404. Rintangan teknikal jangka panjang utama terletak pada tahap 1.3518. Hanya jika salah satu daripada tahap ini ditembusi dengan jelas, trend utama mungkin akan diterbalikan (1.3518) atau dipercepatkan (1.1404). Pasaran mungkin akan membentuk corak 'Double Top' pada tahap 1.2645, maka harga dijangkakan akan bergerak lebih rendah dalam dagangan jangka panjang.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 04/05/2020:

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan