logo

FX.co ★ Analisis Teknikal bagi Pasangan GBP/USD untuk 11/05/2020:

Analisis Teknikal bagi Pasangan GBP/USD untuk 11/05/2020:

Tinjauan Pasaran Teknikal:

Pasangan mata wang GBP / USD telah kembali ke pertengahan julat perdagangan setelah tahap rendah tempatan pada kawasan 1.2265 telah dibuat. Anjakan semula Fibonacci 50% telah diuji dalam pergerakan menaik, tetapi setakat ini kenaikkan harga telah ditolak dari tahap ini dan berlegar-legar sekitar kawasan 1.2425 dalam keadaan pasaran yang normal. Momentum pergerakan harga juga kekal normal, tetapi disebabkan oleh fakta bahawa harga diperdagangkan di bawah rintangan garis arah aliran jangka pendek, kemungkinan penurunan gelombang lain mungkin menjadi lebih tinggi. Rintangan teknikal berhampiran dilihat pada tahap 1.2466 dan sokongan teknikal berhampiran terletak pada tahap 1.2297.

Titik Pivot Mingguan:

WR3 - 1.2730

WR2 - 1.2608

WR1 - 1.2508

Pivot Mingguan - 1.2380

WS1 - 1.2283

WS2 - 1.2157

WS3 - 1.2054

Cadangan Perdagangan:

Kebimbangan akibat wabak Coronavirus telah berkurangan di kalangan pelabur global dalam pasaran kewangan. Pada pasangan mata wang GBP / USD, aliran utama adalah menurun, tetapi pembalikan mungkin berlaku apabila pandemik coronavirus dapat di atasi. Sokongan teknikal jangka panjang utama baru-baru ini telah ditembusi (1.1983) dan paras yang baru dilihat berada pada tahap 1.1404. Rintangan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.3518. Hanya sekiranya salah satu tahap ini ditembusi dengan jelas, aliran utama mungkin akan melakukan pembalikan (1.3518) atau peningkatan (1.1404). Pasaran mungkin melaksanakan corak Double Top pada tahap 1.2645, jadi harga adalah mungkin bergerak lebih rendah dalam jangka panjang.

Analisis Teknikal bagi Pasangan GBP/USD untuk 11/05/2020:

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan