logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 16 Jun, 2020:

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 16 Jun, 2020:

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang EUR/USD ini dilihat telah melantun dari tahap 1.1236 dan bergerak menuju ke arah Anjakan Semula Fibonacci 61% dari gelombang sebelumnya yang terletak pada tahap 1.1342. Sekiranya kenaikkan harga berterusan, maka sasaran seterusnya untuk aliran menaik dilihat pada tahap 1.1361 dan diikuti pada tahap 1.1419. Pasaran melantun lebih tinggi dari keadaan terlebih jualan (Oversold) dan momentum telah menembusi di atas tahap lima puluh, oleh yang demikian, peluang untuk kenaikan harga yang selanjutnya cukup tinggi. Hanya penembusan harga yang berterusan di atas tahap 1.1419 yang akan memberi isyarat kepada para pedagang untuk kesinambungan trend menaik.

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - 1.1560

WR2 - 1.1485

WR1 - 1.1355

Pangsi Mingguan - 1.1283

WS1 - 1.1138

WS2 - 1.1066

WS3 - 1.0927

Cadangan Perdagangan:

Aliran harga utama bagi pasangan EUR/USD adalah penurunan harga, tetapi trend kenaikan tempatan masih berterusan. Sokongan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap 1.0336. Sementara rintangan teknikal jangka panjang utama terletak pada tahap 1.1540. Hanya jika salah satu tahap ini ditembusi dengan jelas, trend utama mungkin akan diterbalikkan (1.1540) atau dipercepatkan (1.0336).


Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 16 Jun, 2020:

.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan