logo

FX.co ★ Analisis Teknikal bagi BTC/USD untuk 28 Ogos 2020

Analisis Teknikal bagi BTC/USD untuk 28 Ogos 2020

Berita Industri Kripto:

Lazarus, sebuah kumpulan penggodam yang disokong oleh Korea Utara, kini dilaporkan menyasarkan bakat Mata Wang Kripto dan Blockchain melalui rangkaian sosial profesional LinkedIn.

Menurut laporan syarikat keselamatan siber dan privasi Finland F-Secure, serangan Lazarus terbaru dibuat melalui bentuk iklan pekerjaan yang berkaitan dengan mata wang kripto di laman web ini. Siasatan mereka menunjukkan bahawa seseorang yang bekerja di ruang Blockchain menerima e-mel palsu yang meniru tawaran pekerjaan Blockchain yang sah.

Mesej itu mengandungi dokumen MS Word yang berjudul "BlockVerify Group Job Description" yang mana, sejenis kod bahaya yang mengandungi virus akan menyebar apabila dokumnen tersebut dibuka.

F-Secure mendapati bahawa dokumen tersebut mempunyai nama, pengarang, dan jumlah kata yang sama dengan kod yang tersedia untuk umum dari laman web keselamatan utama, VirusTotal. Berdasarkan data VirusTotal, makro jahat yang asli dibentuk pada tahun 2019 dan dilaporkan sebanyak 37 enjin penjanaan antivirus.

Tujuan perisian virus ini adalah untuk mendapatkan kembali maklumat log masuk dan memberi akses ke rangkaian mangsa, dan akhirnya mencapai sistem yang diperlukan untuk mencuri mata wang kripto.

Dalam laporan itu, F-Secure menunjukkan bahawa kepentingan kumpulan Lazarus dilaporkan bertepatan dengan kepentingan pemerintah Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK). Menurut syarikat itu, operasi siber DPRK juga cenderung menyasarkan organisasi dan syarikat di luar industri kripto.

Tinjauan Pasaran Teknikal:

Pasangan BTC/USD telah melantun dari zon permintaan (demand zone) yang terletak di antara tahap AS$ 11,062 - AS$ 11,220, tetapi secara terus diperdagangkan di dalam saluran menurun. Kenaikkan harga secara terus berusaha untuk meneruskan trend kenaikan tempatan dari keadaan pasaran yang oversold berikutan daripada mereka tidak ingin kehilangan sokongan AS$ 11,000. Rintangan teknikal berhampiran dilihat pada tahap AS$ 11,484, yang merupakan peningkatan tinggi dan tahap AS$ 11,220 akan bertindak sebagai sokongan dari saat kini. Sokongan teknikal jangka pendek utama dilihat pada tahap AS$ 11,062. Trend jangka masa mingguan kekal meningkat.

Pivot Points (PP) Mingguan:

WR3 - AS$13,245

WR2 - AS$12,828

WR1 - AS$12,122

Pivot Mingguan - AS$11,728

WS1 - AS$11,022

WS2 - AS$10,628

WS3 - AS$9,978

Cadangan Perdagangan:

Trend mingguan pada pasangan BTC/USD tetap meningkat dan tiada tanda-tanda pembalikan arah aliran, jadi pesanan membeli lebih disarankan pada jangka masa pertengahan. Semua pembetulan dinamik masih digunakan untuk membeli penurunan. Sasaran jangka pendek seterusnya untuk kenaikkan harga dilihat pada tahap AS$ 13,712. Sokongan teknikal jangka panjang utama dilihat pada tahap AS$ 10,463.

Analisis Teknikal bagi BTC/USD untuk 28 Ogos 2020

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan