logo

FX.co ★ Pasangan mata wang EUR/USD menghampiri tahap rintangan kritikal

Pasangan mata wang EUR/USD menghampiri tahap rintangan kritikal

Pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan lebih tinggi pada tahap 1.1786 setelah mengabaikan rintangan statik 1.1753. Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan sedikit berubah pada awal pagi setelah mencapai tahap psikologi 1.18. Tekanan kenaikkan harga tinggi dalam dagangan jangka pendek, oleh yang demikian, penembusan yang sah di atas tahap ini akan mengesahkan pertumbuhan selanjutnya.

Pasangan mata wang EUR/USD mengukuh setelah laporan zon Eropah mencatatkan bacaan yang lebih baik berbanding ramalan pada semalam. Namun, Dolar AS boleh menyerang balik pesaingnya jika USDX memperlihatkan momentum kenaikkan harga baru apabila PMI Perkhidmatan ISM AS meningkat kepada 57.8, menewaskan ramalan yang mengunjurkan bacaan 56.3.

Pasangan mata wang EUR/USD menghampiri tahap rintangan kritikal

Saya memberitahu anda semalam bahawa pasangan mata wang EUR/USD akan menembusi tahap 1.18 dan garis condong menaik jika ia menutup di atas tahap 1.1753. Secara teknikalnya, sebut harga mencatatkan penurunan yang lebih rendah setelah corak H&S disahkan.

Coraknya masih utuh selagi pasangan mata wang ini diniagakan di bawah tahap 1.18 dan di bawah sokongan saluran sebelumnya. Penembusan harga yang sah di atas tahap ini harus mengaktifkan momentum kenaikan yang kuat ke tahap psikologi 1.2.

USDX berpotensi untuk pulih dan melonjak lebih tinggi jika ia stabil di atas tahap 93.50. Penurunan USDX ke arah tahap sokongan 92.55 akan mendorong pasangan mata wang EUR/USD hingga ke 1.2.

  • Tips Perdagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian setelah penembusan harga yang sah (menutup dan menguji semula) tahap 1.18. Tahap 1.2 dan garis atas saluran dilihat sebagai sasaran.

Penembusan harga palsu dengan pemisahan yang besar di atas tahap rintangan segera atau penurunan harga yang kuat mencadangkan penjualan. Juga, penurunan di bawah tahap 1.1694 mendorong kepada peluang kemasukan pesanan jualan dengan sasaran penurunan yang berpotensi pada tahap 1.1495.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan