logo

FX.co ★ Pasangan Mata Wang EUR/USD Menentukan Arah Pergerakan Harga!

Pasangan Mata Wang EUR/USD Menentukan Arah Pergerakan Harga!

Pergerakan harga bagi pasangan mata wang EUR/USD masih tidak dapat ditentukan dalam jangka masa pendek. Mungkin pedagang sedang menunggu laporan mengenai sektor pembuatan dan perkhidmatan zon Eropah dan AS sebelum mengambil sebarang tindakan. Harga diniagakan berhampiran zon rintangan kritikal, oleh yang demikian, apa sahaja boleh berlaku dalam beberapa jam yang akan datang.

Angka ekonomi dijangka menurun, maka masih perlu dilihat bagaimana reaksi pasangan mata wang ini. Pasangan mata wang EUR/USD berpotensi untuk meneruskan penurunan sekiranya USDX melonjak lebih tinggi dan ia boleh naik jika indeks melemag. Anda harus berhati-hati kerana angka bagi sektor perkhidmatan zon eropah dapat menunjukkan bahawa sektor ini mengalami kemelesetan ekoran sekatan kawalan pergerakan COVID-19 yang baru.

Pasangan mata wang EUR/USD kini berada pada tahap rintangan!

Pasangan Mata Wang EUR/USD Menentukan Arah Pergerakan Harga!

Saya telah memberitahu anda pada minggu lalu bahawa pasangan mata wang EUR/USD harus meneruskan aliran menaik jika harga melonjak dan ditutup di atas tahap psikologi 1.19. Terperangkap di bawah Median Line (ML) pada picthfork menaik dan di bawah tahap R1 (1.1894), tekanan tinggi di sekitar tahap ini.

Secara teknikalnya, penembusan harga yang sah melalui rintangan ini diikuti dengan penstabilan harga di atas tahap 1.19 menunjukkan pembelian dengan sasaran kenaikan berpotensi pada Upper Median Line (UML). Namun, Dolar AS cenderung untuk mendahului seklai lagi jika data AS menewaskan ramalan, maka penembusan kenaikan palsu dengan pemisahan besar atau bearish engulfing dapat mewakili isyarat kemasukan pesanan menjual.

  • Tips Perdagangan Pasangan Mata Wang EUR/USD

Adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli semasa penutupan kenaikkan harga di atas tahap tinggi 1.1920 yang mempunyai sasaran kenaikan pertama pada tahap psikologi 1.2. Upper Median Line (UML) juga dapat menarik kadar jika pasangan mata wang EUR/USD menembusi tahap rintangan segera.

Adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pada pin bar (shooting star), bearish engulfing, atau corak pembalikan lain yang dibentuk pada kawasan rintangan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan