logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 26 November, 2020

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 26 November, 2020

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang EUR/USD pada 26 November, 2020

Gambaran keseluruhan:

Pasangan mata wang EUR/USD telah melanjutkan kenaikannya, menghampiri ke tahap 1.1941 (Double top pada carta 1 Jam).

Euro/Dolar: dengan keyakinan terhadap vaksin dan peralihan kuasa secara damai di Eropah berlanjutan pada harga tertinggi, hampir dua atau tiga bulan yang lalu.

Pasangan mata wang EUR/USD meneruskan dagangan menaik dari tahap 1.1898. Hari ini, tahap sokongan pertama dilihat pada tahap 1.1898, harga kini dilihat bergerak dalam saluran kenaikan harga.

Selain itu, harga telah ditetapkan di atas sokongan kuat pada tahap 1.1898, yang bertepatan dengan Penarikan Semula Fibonacci 78%. Sokongan ini telah ditolak sebanyak tiga kali seklaigus mengesahkan prospek aliran menaik.

Menurut peristiwa sebelumnya, kami menjangkakan bahawa pasangan mata wang EUR/USD ini akan diniagakan di antara tahap 1.1898 dan 1.1977.

Ia berkemungkinan akan memperlihatkan peningkatan yang lebih tinggi jika laporan Fed merekodkan nada minat negatif, tetapi kenaikkan euro berbanding Dolar AS tidak akan jauh dari Coronavirus (COVID-19).

Oleh yang demikian, sokongan terletak pada tahap 1.1898, sementara rintangan harian ditemui pada tahap 1.1977. Perlu diingatkan bahawa volatiliti pasaran adalah sangat tinggi kerana pasangan mata wang EUR/USD masih berdagang di antara tahap 1.1898 dan 1.1977 dalam beberapa jam yang akan datang.

Ini disahkan oleh indikator RSI yang menunjukkan bahawa kita masih berada di pasaran trend kenaikan harga. Sekarang, pasangan mata wang ini kelihatan cenderung untuk memulakan pergerakan menaik menuju ke tahap 1.1941 dan seterusnya ke tahap 1.1977.

Oleh itu, pasaran berkemungkinan besar akan menunjukkan tanda-tanda trend menaik di sekitar tahap 1.1898. Dengan erti kata lain, pesanan membeli disyorkan di atas tahap 1.1898 dengan sasaran pertama pada tahap 1.1977; dan seterusnya menuju ke tahap 1.2006.

Pada masa yang sama, jika penembusan harga berlaku pada tahap sokongan 1.1867, maka senario ini mungkin akan menjadi tidak sah. Tetapi secara keseluruhannya, kami masih memilih senario kenaikan harga.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan