logo

FX.co ★ Pertumbuhan pasangan mata wang EUR/USD sangat kukuh! Mungkinkah laporan NFP akan mengubah sentimen?

Pertumbuhan pasangan mata wang EUR/USD sangat kukuh! Mungkinkah laporan NFP akan mengubah sentimen?

Pasangan mata wang EUR/USD melonjak naik lebih tinggi selepas menyaksikan penurunan kecil dan menguji semula rintangan penting yang ditembusi. Pasangan mata wang EUR/USD kini diniagakan pada tahap 1.2162 dan mensasarkan ke tahap psikologi 1.2. Pasangan mata wang EUR/USD d ini dijangka akan melonjak lebih tinggi dan meneruskan aliran menaik sekiranya USDX terus melemah.

Hari ini akan menentukan arah pergerakan Dolar AS kerana AS dijadualkan akan mengeluarkan laporan Kadar Upah Bukan Perladangan (NFP), Kadar Pengangguran, dan Pendapatan Purata Setiap Jam. NFP diramalkan akan mencatatkan bacaan sekitar 480K, sementara Kadar Pengangguran dapat turun kepada 6.8%.

Pada dasarnya, kejatuhan Dolar AS adalah disebabkan oleh keputusan FED yang berkemungkinan akan menambahkan langkah-langkah rangsangan baru dalam pertemuan dasar kewangan berikutnya ekoran kemerosotan ekonomi. Dolar AS sedang memasuki fasa pembetulan yang kuat terhadap semua pesaingnya, maka hanya angka ekonomi AS yang lebih baik daripada yang dijangkakan yang akan dapat menyelamatkan Dolar AS dari penurunan selanjutnya.

Pasangan mata wang EUR/USD mensasarkan ke Tahap Psikologi 1.2

Pertumbuhan pasangan mata wang EUR/USD sangat kukuh! Mungkinkah laporan NFP akan mengubah sentimen?

Pasangan mata wang EUR/USD telah berjaya menutup di atas Upper Median Line (uml), rintangan dinamik, dan ia telah menguji semula halangan yang ditembusi sekaligus menandakan kesinambungan aliran menaik. Tahap psikologi 1.2 dilihat sebagai sasaran kenaikan yang seterusnya.

Penembusan harga yang sah di atas R3 (1.2181) akan mengesahkan kenaikan harga menuju tahap 1.23 atau hingga ke garis amaran pertama (garis putus-putus menaik).

  • Kesimpulan Perdagangan untuk Pasangan Mata Wang EUR/USD

Penutupan kenaikkan harga di atas R3 (1.2181) akan menandakan pembelian dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.2250 dan 1.23.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan