logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 6 Januari 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 6 Januari 2021

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang GBP/USD telah mengukuh dalam julat sempit di sekitar tahap 1.3624 setelah membuat penarikan semula 50% ke tahap 1.3540. Sila perhatikan bahawa salah satu graf lilin di bahagian atas baru-baru ini adalah graf lilin Doji, yang menunjukkan kemungkinan pengakhiran trend menaik. Tahap 1.3624 kini akan bertindak sebagai rintangan urusniaga harian untuk harga. Sasaran seterusnya untuk penurunan harga dilihat pada tahap 1.3428. Selain itu, indikator RSI mulai menurun dari tahap neutral dan pasaran akan keluar dari keadaan terlebih belian (overbought). Mana-mana penembusan harga pada tahap rendah tempatan baru-baru ini pada 1.3540 berpotensi untuk mendorong penurunan harga atau bahkan 'sell-off'.

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - 1.4033

WR2 - 1.3841

WR1 - 1.3765

Pangsi Mingguan - 1.3599

WS1 - 1.3521

WS2 - 1.3349

WS3 - 1.3262

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang GBP/USD mungkin telah memulakan aliran menaik jangka panjang dan faktor yang mendorong kenaikkan harga adalah penembusan di atas tahap atau 1.3518 pada carta mingguan. Semua pembetulan tempatan harus digunakan untuk membuka pesanan beli selagi tahap 1.2674 tidak ditembusi. Sasaran jangka panjang untuk aliran menaik dilihat pada tahap 1.4370.

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 6 Januari 2021

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan