logo

FX.co ★ Isyarat Dagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 15 - 16 Februari 2021: Overbought

Isyarat Dagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 15 - 16 Februari 2021: Overbought

Isyarat Dagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 15 - 16 Februari 2021: Overbought

Pasangan mata wang GBP/USD, pada hari Jumaat minggu lalu, berjaya menutup di atas tahap 1.3850, membuka jalan untuk kenaikan harga ke tahap Murray +2/8 sekitar 1.3916, momentum kenaikkan harga ini didorong oleh peningkatan keyakinan dari kepimpinan UK, dalam syarat-syarat kempen vaksinasi coronavirus dan dapat melonggarkan arahan perintah berkurung.

Pada saat ini sebelum pembukaan sesi dagangan Eropah, ia diniagakan berhampiran tahap Murray +2/8, yang mewakili 'overbought' ekstrem. Pembetulan harga boleh berlaku dalam beberapa jam akan datang kerana indikator 'Eagle' kini menunjukkan isyarat 'overbought'.

Pasangan mata wang GBP/USD kini berdagang di atas SMA 21 pada carta 4 jam dengan tahap utama 1.3855 kerana di bawah Moving Average (MA) ini, pembetulan harga mungkin berlaku.

Kita dapat melihat saluran aliran menaik pada carta 4 jam, jika ia ditembusi, ia cenderung untuk menambah kekuatan pada aliran menurun.

Sokongan pertama dijumpai terletak pada tahap 1.3793, penembusan harga pada tahap ini cenderung untuk meneruskan pembetulan ke tahap 200 EMA sekitar 1.3671.

Memandangkan keadaan pound Britain yang kini 'overbought', kami mengesyorkan anda untuk menjual di bawah tahap +2/8 murray dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.3855 dan 1.3796.

Tahap Sokongan dan Rintangan untuk 15 - 16 Februari 2021

Rintangan (1) 1.3918

Rintangan (2) 1.3941

Rintangan (3) 1.3971

Sokongan (1) 1.3829

Sokongan (2) 1.3797

Sokongan (3) 1.3742

Tip dagangan pasangan mata wang GBP/USD untuk 15 - 16 Februari 2021

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual di bawah tahap 1.3916 (+2/8 murray) dengan take profit ditetapkan pada tahap 1.3855, dan 1.3793, sementara pesanan Stop loss di atas tahap 1.3950.

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli sekiranya pasangan mata wang ini melantun berhampiran tahap 1.3855 (SMA 21) dengan take profit ditetapkan pada tahap 1.3916, sementara pesanan Stop loss di bawah 1.3820.

Buka pesanan menjual jika penembusan harga berlaku pada tahap 1.3845 (SMA 21) dengan take profit ditetapkan pada tahap 1.3796 dan 1.3671 (EMA 200), sementara pesanan Stop loss di atas 1.3880.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan