EURUSD: Minggu ini, mata wang EURUSD menunjukkan pembetulan penurunan harga yang ketara, walaupun ia kelihatan seolah-olah akan datang ke penghujungnya. Harga kini menguji di tahap rintangan pada 1.3000, dan mungkin akan terus menaik jika ia berjaya melepasi ke bahagian atas.

USDCHF: Di sini, pembetulan kenaikan harga bermula pada minggu ini tidak perlu terlalu diberi perhatian, tetapi ia adalah jelas. Pembetulan kenaikan harga seterusnya telah ditolak di peringkat pengumpulan pada 0.9350. Harga akan menurun lagi sekiranya harga melepasi tahap pada 0.9300.

GBPUSD: Pada minggu ini, aktiviti keseimbangan yang berlaku pada pasangan mata wang ini tidak terlalu serius. Harga telah meneruskan perjalanan ke utara sebagaimana harga telah melepasi tahap rintangan pada 1.6250.

EURJPY: Silangan ini jatuh lebih daripada 180 pips pada minggu ini semasa pembetulan lebih rendah. Harga telah menjumpai dasar pada tahap 101.00 dan cuba untuk pergi lebuh tinggi dari situ.

USDJPY: Senario kenaikan harga yang terhasil pada awal minggu ini kini adalah terbatal. Ia kelihatan seolah-olah pasangan mata wang ini bersedia untuk penurunan harga. Saya lebih memilih untuk keluar daripada pasaran ini sekarang.

