logo

FX.co ★ Gambaran Keseluruhan USD/JPY untuk 30 Julai, 2018

Gambaran Keseluruhan USD/JPY untuk 30 Julai, 2018

USD / JPY

Sepertimana yang telah kita jangkakan dalam tinjauan terakhir yen (26 Julai), pasaran harga berjaya memegang/menahan garis aliran merah dengan sokongan tambahan garisan keseimbangan (garisan penunjuk merah). Pasaran mata wang Yen disokong oleh datanya sendiri: pertumbuhan harga bagi perkhidmatan korporat dari 1.0% y / y kepada 1.2% y / y dalam anggaran bulan Jun, CPI asas Tokyo pada bulan Julai adalah (0.8% y / y berbanding 0.7% y pada bulan Jun), pertumbuhan KDNK Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua adalah sebanyak 4.1%, tanpa sebarang ketidakpastian/kebimbangan spekulatif dan psikologi Eropah, dan sektor jualan runcit hari ini di Jepun pada bulan Jun, menunjukkan kenaikan dari 0.6% y / y hingga 1.8% y / y , dengan jangkaan adalah sebanyak 1.7% y / y.

Pasaran dagangan bagi indeks saham Nikkei 225 Jepun pada hari ini merosot kepada 0.75%, yang berlaku selepas jatuhnya S & P500 Amerika dengan sebanyak 0.66%. Tetapi kejatuhan pasaran Amerika Syarikat adalah sebahagian besarnya juga disebabkan oleh faktor psikologi. Pasaran menurunkan jaringan sosial Facebook dan Twitter, yang menunjukkan laporan suku tahunan yang baik, tetapi melaporkan penurunan bilangan pelanggan disebabkan pengenalan bot.

Gambaran Keseluruhan USD/JPY untuk 30 Julai, 2018

Kami membina saluran harga yang meningkat dengan cara hipotesis, iaitu, tanpa pengesahan oleh titik sentuh kedua (sokongan bawah hijau), garis panduan di sini adalah garis saluran rintangan yang tepat. Tetapi pembinaan ini memperlihatkan kepada kami bahawa harga itu ditekan dalam baji/pasak yang dibentuk oleh sokongan garis hijau dan rintangan merah (dengan titik harga adalah 111.66). Juga rintangan ialah garis Kruzenshtern (biru). Garis isyarat pengayun ialah Marlin yang menunjukkan giliran dari sempadan dengan zon nombor negatif, zon penurunan dalam aliran. Pada grafik H4, garis ini sudah berada di zon pertumbuhan.

Gambaran Keseluruhan USD/JPY untuk 30 Julai, 2018

Dengan gabungan keadaan, kami menjangkakan pergerakan harga sisi, sokongan untuk saluran hijau menaik seharusnya masih menerima sentuhan pada harga, sebelum saluran hipotetis dibentuk semula menjadi pergerakkan tetap.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan