logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 08 April 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 08 April 2021

Analisis Teknikal Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 08 April 2021

Gambaran keseluruhan:

Pasangan mata wang GBP/USD diniagakan di sekitar tahap 1.3755 minggu lalu. Hari ini, tahap 1.3786 mewakili titik pangsi mingguan dalam carta H1.

Pasangan mata wang ini dilihat telah membentuk rintangan kecil pada tahap 1.3786 dan rintangan kuat dilihat pada tahap 1.3811 kerana mewakili rintangan mingguan 1.

Oleh yang demikian, rintangan utama dilihat pada tahap 1.3811, sementara sokongan segera terletak pada tahap 1.3705.

Sekiranya pasangan mata wang ini ditutup di bawah titik pangsi mingguan 1.3786, pasangan mata wang GBP/USD ini cenderung untuk meneruskan pergerakannya ke tahap 1.3674 untuk menguji sokongan mingguan 1.

Dari sudut ini, kami menjangkakan pasangan mata wang GBP/USD akan bergerak di antara tahap 1.3705 dan 1.3871.

Sama pentingnya, RSI masih memanggil pasaran penurunan harga yang kuat dan harga semasa juga di bawah Moving Average (MA) 100.

Hasilnya, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual di bawah titik pangsi mingguan 1.3786 dengan sasaran masing-masing terletak pada taahap 1.3705 dan 1.3674 untuk membentuk 'Double bottom'.

Walau bagaimanapun, pesanan stop loss harus selalu diambil kira, oleh itu, adalah menguntungkan untuk menetapkan pesanan stop loss di atas gelombang menaik terakhir pada tahap 1.3840.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan