logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Pasangan EUR/USD untuk 9 April 2021

Analisis Teknikal Pasangan EUR/USD untuk 9 April 2021

Gambaran Teknikal Pasaran:

Pasangan mata wang EUR/USD telah mencapai tahap tinggi yang lebih tinggi pada 1.1927, oleh yang demikian, corak graf lilin Shooting Star baru-baru ini telah terbatal. Momentumnya kuat dan positif, maka sasaran seterusnya untuk kenaikan harga dilihat pada tahap 1.1990. Sokongan teknikal seterusnya masing-masing terletak pada tahap 1.1874 dan 1.1834. Sebarang penembusan harga pada tahap 1.1789 berkemungkinanan akan mendorong kepada trend penurunan jangka pendek di bawah tahap 1.1703.

Titik Pangsi Mingguan:

WR3 - 1.1890

WR2 - 1.1841

WR1 - 1.1801

Pangsi Mingguan - 1.1751

WS1 - 1.1713

WS2 - 1.1661

WS3 - 1.1641

Cadangan Perdagangan:

Walaupun terdapat pembetulan baru-baru ini, trend jangka panjang pada pasangan mata wang EUR/USD kekal menaik pada carta masa (TF) bulanan, namun carta masa mingguan menunjukkan pembetulan aliran kaunter masih dalam pembangunan. Pusingan pembetulan harga ini dilihat belum selesai, kerana tahap utama bagi kenaikan harga terletak pada tahap 1.1608. Selagi pasaran diniagakan di atas tahap ini, trend menaik kekal sah dan semua gelombang menurun harus digunakan untuk membuka pesanan membeli.

Analisis Teknikal Pasangan EUR/USD untuk 9 April 2021

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan