logo

FX.co ★ Pasangan Mata Wang GBP/USD Melanjutkan Pertumbuhan Utama!

Pasangan Mata Wang GBP/USD Melanjutkan Pertumbuhan Utama!

Pasangan mata wang GBP/USD mengukuh dalam jangka pendek setelah membatalkan fasa pembetulan yang lebih besar. Pasangan mata wang ini diniagakan pada tahap 1.3993 dan ia berpotensi untuk melonjak naik lebih tinggi selagi USDX melanjutkan penurunan. Dalam jangka pendek, pasangan mata wang ini boleh membuat penarikan semula harga yang kecil setelah mencapai rintangan statik.

Pound mendapat bantuan dari Perubahan Jumlah Tuntutan dan Kadar Pengangguran UK yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini. Petunjuk ekonomi mencatatkan bacaan yang lebih baik dari yang dijangkakan sekaligus menunjukkan bahawa pasangan mata wang GBP/USD ini berkemungkinan akan meneruskan aliran menaik.

Pasangan Mata Wang GBP/USD Beralih kepada Kenaikkan Harga!

Pasangan Mata Wang GBP/USD Melanjutkan Pertumbuhan Utama!

Pasangan mata wang GBP/USD gagal membuat penembusan harga yang sah di bawah tahap 1.3673 seklaigus membatalkan penurunan harga yang selanjutnya. Penembusan kenaikan harga dari saluran menurun memberikan isyarat bahawa pasangan mata wang ini dijangka akan meneruskan aliran menaik utama.

Seperti yang anda perhatikan pada carta 4 Jam, pasangan mata wang GBP/USD ini gagal bertahan di bawah garis aliran menaik merah, oleh yang demikian, pertumbuhan selanjutnya adalah wajar. Sekarang, ia menekan rintangan statik 1.3998. Melonjak dan menstabil di atas tahap tersebut akan dapat mengesahkan lebih banyak keuntungan.

Gambaran Pasangan Mata Wang GBP/USD!

Penembusan agresif melalui tahap tinggi terdahulu pada 1.3918 mewakili peluang kemasukan pesanan membeli. Pengukuhan harga di atas rintangan statik 1.3998 dapat membawa peluang membeli baru dengan sasaran menaik utama terletak pada tahap 1.42.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan