logo

FX.co ★ Isyarat Dagangan Ethereum ETH/USD untuk 10 - 11 Mei, 2021: Buka Pesanan Menjual Di bawah $4,062

Isyarat Dagangan Ethereum ETH/USD untuk 10 - 11 Mei, 2021: Buka Pesanan Menjual Di bawah $4,062

Isyarat Dagangan Ethereum ETH/USD untuk 10 - 11 Mei, 2021: Buka Pesanan Menjual Di bawah $4,062

Di pra-pasaran Eropah, Ethereum ETH diniagakan pada sejarah maksimumnya sekarang, iaitu pada tahap $4,037, sewaktu penulisan analisis ini.

Merujuk kepada carta, anda dapat melihat jumlah yang telah kami nyatakan mengenai kenaikan ETH selama 15 hari dengan hasil 82% dalam jangka masa pendek itu. Sekarang ia menunjukkan tahap terlebih belian (overbought) dan menghampiri +1/8 murray sekitar $4,062, dengan kemungkinan pembetulan harga.

Isnin lalu, 3 Mei, mata wang kripto ini telah mencapai had sejarahnya seminggu yang lalu, melebihi tahap $3,000. Sekarang ia meningkat sebanyak 32% dalam masa 7 hari.

Salah satu faktor yang mendorong Ethereum mencapai puncak bersejarah ini adalah pengembangan musim coin yang berkaitan dengan pertumbuhan dominasi permodalan pasaran oleh altcoin, seperti ETH.

Juga Elon Musk dalam program televisyen bercakap dengan nada yang baik mengenai kewujudan mata wang kripto ini. Musk merujuk kepada ETH sebagai salah satu mata wang kripto yang paling cepat berkembang, bersama dengan bitcoin dan dogecoin (DOGE).

Tanpa keraguan, pasaran disokong oleh komen-komen ini, dan mereka bertindak segera untuk membeli mata wang kripto, seperti yang kita lihat dalam pergerakan kenaikan ETH yang kuat ini.

Pada tahap teknikal, kami perhatikan bahawa Ethereum mencapai terlebih belian (overbought) yang berada di atas zon murray +1/8 ($4,062), tahap ini adalah merupakan tahap utama, kerana diramalkan akan berlaku pergerakan pembetulan harga.

Bacaan teknikal indikator eagle menunjukkan bahawa ETH berada di zon terlebih belian (overbought), kerana isyarat indikator berada pada 95, menunjukkan pembetulan yang akan berlaku.

Sebaliknya, jika harga ETH berjaya melepasi tahap $4,062, maka rintangan seterusnya akan terletak di zon murray +2/8 pada $4,375, dan sokongan dinamik segera dijumpai pada $2,945.

Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk menunggu sehingga harga mengukuh di bawah $4,062, dan membuka pesanan menjual di bawah tahap ini, dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap $3,900 dan $3,750.

Penarikan semula harga di bawah $3,900, mungkin akan menyebabkan pembetulan yang kuat ke tahap $2,945, pada tahap ini adalah EMA 200 yang dapat memberi kita peluang baru untuk kemasukan pesanan membeli.

Tahap Sokongan dan Rintangan untuk 10 - 11 Mei 2021

Tahap Rintangan (1) $4,121

Tahap Rintangan (2) $4,265

Tahap Rintangan (3) $4,375

Tahap Sokongan (1) $4,011

Tahap Sokongan (2) $3,904

Tahap Sokongan (3) $3,867

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan