logo

FX.co ★ Ramalan EUR/USD untuk 13 Disember, 2018

Ramalan EUR/USD untuk 13 Disember, 2018

EUR/USD

Pada Rabu, di bawah pengaruh pertumbuhan pound British dan maklumat mengenai kesediaan Itali untuk membatasi defisit belanjawan kepada 2%, euro meningkat sebanyak 50 mata. Harga sekali lagi diniagakan di atas garis kesimbangan pada carta harian. Pada carta empat jam, harga juga mengukuh di atas garis Krusenstern. Kelemahan isyarat adalah penyatuan harga secara rasmi ke atas garis hanya berlaku pada hari ini dalam sesi dagangan Asia dengan volatiliti yang rendah. Hari ini, ECB mengumumkan keputusan mengenai dasar kewanga, pada jam 12:30 waktu London, ketua ECB Mario Draghi, dijadualkan akan berucap. Para pelabur sedang menunggu maklumat baru mengenai rancangan pengawal selia untuk tahun hadapan. Walau bagaimanapun, sekiranya Draghi tidak memperkenalkan spesifik, yang dijangka oleh beberapa buah bank dan agensi, euro berkemungkinan besar akan menjunam dengan mudah.

Kami berkongsi pandangan ini kerana data ekonomi zon eropah yang melemah dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Draghi mungkin masih mempunyai masa untuk menyelesaikan masalah Brexit dan untuk jangka masa yang lebih atau kurang jelas untuk mereformasi WTO.

Akibatnya, kami menjangkakan harga akan berada di bawah garis indikator pada kedua-dua carta masa, yang masing-masing akan membuka kembali sasaran pada tahap 1.1190 dan 1.1085.

Ramalan EUR/USD untuk 13 Disember, 2018

Ramalan EUR/USD untuk 13 Disember, 2018

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan