logo

FX.co ★ EUR/USD: Pelan Dagangan Sesi Eropah untuk 26 Februari, 2019. Aliran menaik bersedia untuk menembusi tahap rintangan 1.1365

EUR/USD: Pelan Dagangan Sesi Eropah untuk 26 Februari, 2019. Aliran menaik bersedia untuk menembusi tahap rintangan 1.1365

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Gambaran teknikal bagi pasangan mata wang EUR/USD kekal tidak berubah berbanding ramalan semalam, kecuali kenyataan bahawa pasangan mata wang ini telah kembali berdagang ke sempadan lebih tinggi saluran mendatar Penembusan dan pengukuhan harga di atas tahap rintangan 1.1367 masih diperlukan, yang akan menyebabkan pembetulan menaik lebih besar sudah berada pada tahap maksimum 1.1394 dan 1.1432, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sekiranya pasangan mata wang EUR/USD ini diniagakan dalam aliran menurun, pesanan membeli boleh diambil dengan syarat penembusan harga palsu dibentuk di kawasan sokongan 1.1324, atau pada lantunan semula harga dari tahap minimum 1.1279.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Kekurangan laporan ekonomi utama telah menyokong mata wang euro. Walau bagaimanapun, penjual masih mengira pembentukan penembusan harga palsu di kawasan rintangan 1.1367, yang akan membawa kepada pembetulan menurun ke arah bahagian sokongan 1.1324, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sasaran utama adalah untuk menembusi sempadan lebih rendah pada saluran mendatar dan menurun ke kawasan minimum 1.1279. Di bawah pembetulan menaik dan penembusan harga pada tahap 1.1367, euro boleh dijual semasa lantunan semula harga dari tahap maksimum 1.1394.

Isyarat Indikator:

Moving Averages

Perdagangan ini diniagakan di kawasan Moving Averages (MA) 30 hari dan 50 hari, yang sekali lagi menunjukkan ketidaktentuan pasaran.

Bollinger band

Volatiliti indikator Bollinger Bands adalah rendah, yang tidak memberikan isyarat kepada para pedagang untuk memasuki pasaran.

EUR/USD: Pelan Dagangan Sesi Eropah untuk 26 Februari, 2019. Aliran menaik bersedia untuk menembusi tahap rintangan 1.1365

Huraian Indikator

  • MA (moving average) 50 days - Kuning
  • MA (moving average) 30 days - Hijau
  • MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan