logo

FX.co ★ GBP/USD: Pelan Dagangan Sesi Eropah untuk 26 Februari, 2019. Pound kini disokong oleh khabar angin mengenai lanjutan Brexit

GBP/USD: Pelan Dagangan Sesi Eropah untuk 26 Februari, 2019. Pound kini disokong oleh khabar angin mengenai lanjutan Brexit

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Pound British terus mengukuh ekoran keputusan yang optimis bahawa Perdana Menteri Britain, Theresa May akan dapat mencapai persetujuan mengenai lanjutan Perjanjian Brexit, walau bagaimanapun saya tidak mengesyorkan para pedagang untuk tergesa-gesa mengambil pesanan membeli. Senario optimum untuk mengambil pesanan membeli akan menjadi ujian harga pada tahap sokongan 1.3098, dengan pembentukan penembusan harga palsu di atas tahap tersebut. Jika tidak, anda boleh mengambil pesanan membeli dengan segera apabila harga melantun dari tahap 1.3053. Sekiranya pembeli berjaya mencapai tahap rintangan 1.3149, dan ini boleh berlaku selepas ucapan Gabenor Bank of England (BoE), Mark Carney pada separuh pertama hari ini, permintaan untuk pound akan membawa ke tahap tinggi sekitar 1.3214 dan 1.3261, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Penjual memerlukan pembentukan penembusan harga yang seterusnya pada tahap rintangan 1.3149, dengan pengesahan perbezaan (divergence) pada indikator MACD. Ini akan membawa kepada pembetulan harga yang lebih rendah di kawasan minimum 1.3098 dan 1.3053, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Apabila senario kenaikkan harga diteruskan, anda boleh membuka pesanan menjual dari tahap maksimum 1.3214 dan 1.3261. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh lupa bahawa sebarang berita negatif mengenai Brexit boleh menjejaskan pelanggan secara serius, memaksa mereka untuk menetapkan pesanan membeli.

Isyarat Indikator:

Moving Averages

Perdagangan ini diniagakan di kawasan Moving Average (MA) 30 hari dan 50 hari, yang menunjukkan kesinambungan kenaikkan harga.

Bollinger bands

Penembusan harga pada sempadan lebih tinggi indikator Bollinger Bands berhampiran tahap 1.3157 akan membawa kepada gelombang baru pertumbuhan pound. Sekiranya pound menurun, sokongan akan diberikan oleh had lebih rendah indikator pada tahap 1.3053.

GBP/USD: Pelan Dagangan Sesi Eropah untuk 26 Februari, 2019. Pound kini disokong oleh khabar angin mengenai lanjutan Brexit

Huraian Indikator

  • MA (moving average) 50 days - Kuning
  • MA (moving average) 30 days - Hijau
  • MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan