logo

FX.co ★ GBP/USD: Pelan perdagangan sesi Eropah untuk 27 Februari, 2019. Pound meningkat selepas May bersetuju untuk menangguhkan Brexit

GBP/USD: Pelan perdagangan sesi Eropah untuk 27 Februari, 2019. Pound meningkat selepas May bersetuju untuk menangguhkan Brexit

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Pound Britain meneruskan dagangan menaik selepas Perdana Menteri Britain, Theresa May bersetuju untuk melanjutkan tarikh keluar dari EU, jika Parlimen bersetuju. Hari ini, pembeli akan menunjukkan diri mereka selepas pound diperbetulkan ke kawasan sokongan 1.3211, tetapi harga perlu menembusi di atas tahap tinggi 1.3282, yang akan membuka jalan untuk harga berniaga terus ke tahap 1.3348 dan 1.3383, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sekiranya harga membuat pembetulan menurun yang lebih rendah, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD dengan segera untuk melantun dari tahap rendah 1.3149.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD, anda perlu:

Penjual memerlukan satu lagi penembusan harga palsu pada tahap rintangan 1.3282, dengan pengesahan perbezaan (divergence) pada indikator MACD, yang kini dibentuk di sana. Ini akan membawa kepada pembetulan yang lebih mendalam di tahap rendah pada 1.3211 dan 1.3149, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Apabila harga berdagang dalam aliran menaik, anda boleh mengambil pesanan menjual dari tahap tinggi 1.3348 dan 1.3383.

Isyarat Indikator:

Moving averages

Pasangan mata wang ini diniagakan di atas Moving Averages (MA) 30 hari dan 50 hari, yang menunjukkan pertumbuhan pasaran yang lebih tinggi.

Bollinger band

Penembusan harga pada sempadan lebih tinggi indikator Bollinger Bands sekitar tahap 1.3285 akan membawa kepada pertumbuhan gelombang baru dalam pound. Sekiranya berlaku penurunan harga dalam pound, sokongan akan diberikan oleh had lebih rendah indikator di wilayah tahap 1.3200.

GBP/USD: Pelan perdagangan sesi Eropah untuk 27 Februari, 2019. Pound meningkat selepas May bersetuju untuk menangguhkan Brexit

Huraian Indikator:

  • MA (moving average) 50 days - Kuning
  • MA (moving average) 30 days - Hijau
  • MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan