logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Ringkas. Gambaran Perdagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 6 Mac, 2019

Analisis Gelombang Ringkas. Gambaran Perdagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 6 Mac, 2019

Carta Skala besar:

Arah pergerakan harga pasangan mata wang GBP/USD dari musim bunga lalu ditetapkan oleh gelombang menurun. Menurut carta, dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, gelombang pembetulan telah terbentuk, yang menunjukkan ketidaklengkapan struktur umum.

Carta Skala kecil:

Sejak 12 Disember lalu, model gelombang telah berkembang ke arah aliran utama. Dalam strukturnya, zigzag dapat dilihat dengan jelas. Dari zon rintangan yang akan seterusnya, gelombang menurun skala kecil mula berkembang pada minggu lalu, yang berpotensi untuk menjadi struktur pembalikan harga.

Analisis Gelombang Ringkas. Gambaran Perdagangan Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 6 Mac, 2019

Ramalan dan cadangan:

Dalam tempoh hampir seminggu, pound diramalkan akan bergerak dalam aliran mendatar yang kecil. Terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa gelombang semasa akan diselesaikan tidak lama lagi dan aliran dagangan jangka pendek akan berubah. Sebelum munculnya isyarat yang jelas pada carta, para pedagang disarankan untuk tikda berdagang dalam pasaran pasangan mata wang.

Zon Rintangan:

- 1.3320 / 1.3370

Zon Sokongan:

- 1.3120 / 1.3070

Penjelasan untuk carta graf: Analisis gelombang ringkas menggunakan gelombang yang terdiri daripada 3 bahagian (A - B - C). Analisis menggunakan 3 graf bersaiz berturut-turut. Setiap daripadanya menganalisis gelombang yang terakhir dan tidak lengkap. Zon menunjukkan kawasan dikira dengan kemungkinan kepada pembalikan semula maksimum. Anak panah menunjukkan gelombang menandakan dengan kaedah yang digunakan oleh penulis. Carta graf yang padat menunjukkan struktur yang terbentuk, garisan putus-putus - pergerakan yang dijangkakan.

Perhatian: Algoritma gelombang tidak mengambil kira tempoh pergerakan alat dari semasa ke semasa. Untuk melakukan transaksi perdagangan, anda memerlukan isyarat pengesahan dari sistem perdagangan yang anda gunakan!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan