logo

FX.co ★ Analisis Perbezaan Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 21 Mac. Pound tidak terjejas susulan keputusan mesyuarat Fed

Analisis Perbezaan Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 21 Mac. Pound tidak terjejas susulan keputusan mesyuarat Fed

Carta 4 Jam

Analisis Perbezaan Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 21 Mac. Pound tidak terjejas susulan keputusan mesyuarat Fed

Pada carta 4 jam, pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah melantun dari paras Fibo 100.0% (1.3300) dan membentuk perbezaan (divergence) penurunan harga yang memulakan proses rendah ke arah tahap Penarikan 76.4% (1.309). Semalam tiada apa yang berubah. Tiada satu pun dari penunjuk telah berubah. Pada 21 Mac, dari tahap Fibo 76.4%, pasangan mata wang akan memihak kepada mata wang British dan kembali ke tahap Penarikan 100.0%. Menetapkan sebut harga di atas tahap ini akan meningkatkan peluang kesinambungan kenaikkan harga ke arah tahap Fibo seterusnya iaitu 127.2% (1.3530).

Grid Fibo dibina pada tahap tinggi 20 September, 2018, dan 3 Januari 2019.

Carta 1 Jam

Analisis Perbezaan Pasangan Mata Wang GBP/USD untuk 21 Mac. Pound tidak terjejas susulan keputusan mesyuarat Fed

Seperti yang dilihat pada carta 1 jam, pasangan mata wang ini dilihat mengukuh di bawah tahap penarikan 38.2% (1.3220), dan terdapat dua perbezaan penurunan harga sekaligus meningkatkan kebarangkalian penurunan harga yang selanjutnya ke arah tahap Penarikan 50.0% (1.3171). Menetapkan sebut harga di atas tahap Fibo 38.2% akan menyebabkan pasaran memihak kepada pound sterling dan beberapa kenaikkan ke arah tahap Penarikan 23.6% (1.3228). Perbezaan yang baru muncul hari ini tidak diperhatikan.

Grid Fibo dibina dari tahap tinggi 11 Mac, 2019, dan 13 Mac, 2019.

Cadangan Perdagangan:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang GBP/USD dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.3281 dan pesanan stop loss di bawah tahap 38.2% jika pasangan mata wang ini menutup di atas 1.3220 (carta 1 jam).

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang GBP/USD dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.3171 dan pesanan stop loss di atas tahap 38.2%, sebagaimana pasangan mata wang ini telah berakhir dengan menutup di bawah tahap Penarikan 1.3220 (carta 1 jam) dengan pembentukan penurunan harga.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan