logo

FX.co ★ Isyarat dagangan pasangan mata wang GBP/USD untuk 18 - 21 Jun 2021: Buka pesanan membeli di atas tahap 1.3905

Isyarat dagangan pasangan mata wang GBP/USD untuk 18 - 21 Jun 2021: Buka pesanan membeli di atas tahap 1.3905

Isyarat dagangan pasangan mata wang GBP/USD untuk 18 - 21 Jun 2021: Buka pesanan membeli di atas tahap 1.3905

Pada awal sesi dagangan Asia, pasangan mata wang GBP/USD ini diniagakan di atas sokongan 4/8 murray yang terletak pada tahap 1.3916, setelah menembusi saluran menurun dalam carta 1 Jam, sedikit di atas SMA 21 yang berada pada tahap 1.3944.

Pound Britain jatuh ke tahap rendah 1.3894. Dari situ, harga telah melantun lebih daripada 40 pips. Kini ia menghadapi rintangan dinamik pada Simple Moving Average 21. Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi tahap ini dan mengukuh di atasnya, maka akan ada peluang yang baik untuk membuka pesanan membeli dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.3977 (5/8). Harga cenderung untuk mencecah tahap psikologi 1.4000 dan 1.4038 (6/8 murray).

Sekiranya pasangan mata wang GBP/USD membuat lonjakan teknikal di bahagian bawah tahap 1.3916 atau 1.3905 dan berdagang di atas zon ini, ini akan menjadi peluang yang baik untuk kemasukan pesanan membeli. 4/8 murray terletak di sana yang mewakili sokongan yang sangat kuat.

Dalam carta, kita juga dapat melihat bahawa JURANG berlaku setelah pengumuman Fed. Ini mengesahkan idea bahawa dalam jangka sederhana, pasangan mata wang GBP/USD berpotensi untuk mencapai zon 1.4099 untuk menutup JURANG sepenuhnya.

Bacaan teknikal indikator eagle menunjukkan isyarat kemungkinan pergerakan menaik untuk beberapa hari yang akan datang, kerana isyarat indikator pergerakan telah melantun di atas zon yang terlebih jualan (oversold) dalam carta 1 Jam.

Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli di atas tahap 1.3944 (di atas SMA 21). Sebagai alternatif, jika pasangan mata wang GBP/USD melantun dari tahap 1.3905/16, buka pesanan membeli dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.3977 dan 1.4038.

Tahap Sokongan dan Rintangan untuk 18 - 21 Jun 2021, 2021

Rintangan (3) 1.4005

Rintangan (2) 1.3983

Rintangan (1) 1.3938

----------------------------

Sokongan (1) 1.3870

Sokongan (2) 1.3825

Sokongan (3) 1.3757

***********************************************************

Tips dagangan pasangan mata wang GBP/USD untuk 18 - 21 Jun 2021

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli di atas tahap 1.3944, (SMA 21), dengan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3977 (5/8), dan 1.4038 (6/8), sementara pesanan Stop Loss di bawah 1.3905.

Buka pesanan membeli sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini melantun semula berhampiran tahap 1.3905 atau 1.3916, (4/8), dengan menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.3977 (5/8), dan 1.4038 (6/8), sementara pesanan Stop Loss di bawah tahap 1.3870.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan