logo

FX.co ★ EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 5 April, 2019. Perdagangan kekal dalam saluran mendatar dengan sedikit prospek kenaikkan harga di atas tahap 1.1248 untuk euro

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 5 April, 2019. Perdagangan kekal dalam saluran mendatar dengan sedikit prospek kenaikkan harga di atas tahap 1.1248 untuk euro

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Minit Mesyuarat ECB semalam dan laporan mengenai pasaran buruh Amerika Syarikat (AS) sekali lagi mendorong kepada permintaan untuk dolar AS yang cepat berakhir, yang memungkinkan kita untuk kembali ke tahap rintangan 1.1218 menjelang akhir hari ini. Untuk meneruskan aliran menaik, pasangan mata wang ini perlu menembusi tahap rintangan 1.1248. Pengukuhan harga pada tahap ini akan membawa kepada gelombang menaik baru dengan kemaskini tahap tinggi di kawasan 1.1270 dan 1.1294, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Sekiranya euro membuat penurunan pada separuh pertama hari ini, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan pesanan membeli baru, dengan syarat penembusan harga palsu dibentuk di kawasan sokongan 1.1218 atau melantun dari sempadan lebih rendah saluran mendatar pada tahap 1.1186.

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Alrian menurun diramalkan akan kelihatan pada kawasan rintangan 1.1248, dan sementara harga berdagang di bawah julat ini, kita boleh mengharapkan kesinambungan tekanan terhadap euro. Walau bagaimanapun, tugas utama untuk separuh pertama hari ini adalah untuk kembali ke bawah tengah saluran lebar 1.1218, yang akan meningkatkan tekanan pada euro dan membawa kepada ujian sempadan lebih rendah di kawasan 1.1186, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit. Apabila senario kenaikkan harga di atas tahap 1.1248 pada separuh pertama hari ini, adalah lebih baik untuk mempertimbangkan kedudukan untuk mengambil pesanan menjual untuk melantun semula dari tahap rintangan 1.1269 dan 1.1294.

Isyarat Indikator:

Moving averages (MA)

Pasangan mata wang ini diniagakan di kawasan Moving Averages (MA) 30 dan 50 hari, yang menunjukkan sifat pasaran mendatar.

Bollinger band

Volatiliti pasaran adalah sangat rendah, yang tidak memberikan isyarat kepada para pedagang untuk memasuki pasaran.

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 5 April, 2019. Perdagangan kekal dalam saluran mendatar dengan sedikit prospek kenaikkan harga di atas tahap 1.1248 untuk euro

Huraian Indikator:

  • MA (moving average) 50 days - Kuning
  • MA (moving average) 30 days - Hijau
  • MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan