logo

FX.co ★ Ramalan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 9 April, 2019

Ramalan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 9 April, 2019

Pasangan Mata Wang EUR/USD

Pada Isnin, euro masih diniagakan dalam aliran menaik dari julat pengukuhan 1.1184-1.1255 tetapi tidak lama selepas itu pergerakkan menaik telah dihentikan oleh garis rintangan MACD pada carta harian. Kini, garis indikator Marlin oscillator pada carta harian telah mencapai sempadan dengan kawasan pertumbuhan (garis sifar pengayun, yang dikenali sebagai sempadan, adalah tahap sokongan/rintangan), dan perbezaan yang terbentuk pada carta empat jam.

Ramalan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 9 April, 2019

Ramalan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 9 April, 2019

Sekarang, kami sedang menunggu pembalikan harga dari rintangan yang telah ditembusi, penarikan di bawah garis MACD pada carta empat jam dan menembusi di bawah had lebih rendah pengukuhan 1.1184-1.1255. Selain itu, menurut media, kegelisahan di pasaran timbul susulan jangkaan pelarasan dasar kewangan ECB mengenai pengenalan kadar pelbagai peringkat. Tiada siapa yang menjangkakan apa-apa perubahan pada mesyuarat pada Rabu, tetapi fakta untuk mempertimbangkan strategi seperti itu oleh Bank Pusat mungkin tidak datang dari keadaan ekonomi yang baik, oleh itu, kenaikkan euro sangat terhad. Tidak ada bacaan yang optimis dari laporan makrostatistik yang dijangkakan: ramalan untuk jualan runcit di Itali pada bulan Mac adalah -0.2%, pengeluaran perindustrian di Perancis untuk Februari diramalkan akan mencatatkan bacaan -0.5%, Itali juga -0.5%, untuk kawasan eropah sebagai keseluruhan (data yang dikeluarkan pada Jumaat) -0.5%.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan