logo

FX.co ★ Analisis Perbezaan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 9 April. Euro berusaha untuk diniagakan tinggi

Analisis Perbezaan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 9 April. Euro berusaha untuk diniagakan tinggi

4h

Analisis Perbezaan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 9 April. Euro berusaha untuk diniagakan tinggi

Seperti yang dilihat pada carta 4 jam, pasangan mata wang EUR/USD selesai menutup di atas tahap penarikan semula 76.4% (1.1241) pada percubaan ketiga. Akibatnya, pada 9 April, kenaikkan pasangan mata wang ini dilanjutkan ke arah tahap Fibo seterusnya iaitu 61.8% (1.1281). Hari ini, perbezaan (divergence) yang muncul tidak diperhatikan dalam mana-mana indikator. Lantunan semula harga dari tahap 61.8% akan membolehkan para pedagang mengharapkan pembalikan memihak kepada dolar Amerika dan kembali ke tahap Penarikan semula 76.4%. Penutupan pasangan mata wang ini di atas tahap Fibo 61.8% akan meningkatkan peluang kenaikkan harga yang selanjutnya ke arah tahap Penarikan Semula 50.0% (1.1313).

Grid Fibo dibangunkan pada tahap ekstrem dari 7 Mac, 2019, dan 20 Mac, 2019.

Harian

Analisis Perbezaan Pasangan Mata Wang EUR/USD untuk 9 April. Euro berusaha untuk diniagakan tinggi

Seperti yang dilihat pada carta 24 jam, pasangan mata wang ini masih berpotensi untuk meneruskan penurunan harga ke arah tahap Fibo 161.8% (1.0941) selagi sebut harga masih berada di bawah tahap penarikan semula 127.2% (1.1285). Penutupan pasangan mata wang ini di atas tahap Fibo 127.2% boleh ditafsirkan sebagai giliran memihak kepada mata wang Eropah dan menjangkakan pertumbuhan ke arah tahap Penarikan Semula 100.0% (1.1553). Tidak ada perbezaan pada hari ini.

Grid Fibo dibangunkan pada tahap ekstrem dari 7 November, 2017, dan 16 Februari 2018.

Cadangan Perdagangan:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EUR/USD dengan menetapkan sasaran pada tahap 1.1281 dan 1.1313 sebagaimana pasangan mata wang ini menyempurnakan pengukuhan harga di atas tahap Penarikan Semula 76.4%. Pesanan stop loss harus diletakkan di bawah tahap 1.1241.

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD dengan menetapkan sasaran pada tahap 1.1241 jika pasangan mata wang ini melantun dari tahap 61.8%. Pesanan stop loss harus diletakkan di atas tahap 1.1281.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan