logo

FX.co ★ EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 22 April. Sambutan Hari Easter pada Isnin.

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 22 April. Sambutan Hari Easter pada Isnin.

Untuk mengambil pesanan membeli pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Hari ini merupakan sambutan Hari Easter di kebanyakan negara di zon eropah, dan pasaran akan ditutup lagi. Bagi pembeli euro, adalah lebih baik untuk menunggu kemas kini sokongan pada tahap 1.1227, di mana pembentukan penembusan harga palsu akan membolehkan anda menjangkakan lantunan semula harga dari julat ini dan kembali ke sempadan saluran menaik 1.1250. Untuk senario pertumbuhan pasangan mata wang EUR/USD pada separuh pertama hari ini, pengukuhan harga di atas tahap 1.1250 ini akan menjadi satu-satunya isyarat untuk mengambil pesanan membeli, sasaran utama yang akan terletak pada tahap rintangan utama 1.1269, di mana saya mengesyorkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP).

Untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EURUSD, anda perlu:

Volatiliti pasaran akan menjadi sangat rendah. Pembentukan penembusan harga palsu pada separuh pertama hari ini adalah pada tahap 1.1250, dengan lantunan semula harga dari Moving Averages (MA) 50 yang akan menjadi isyarat langsung untuk mengambil pesanan menjual pasangan mata wang EUR/USD, sasaran utama adalah penembusan harga pada tahap 1.1227, serta kemas kini tahap sokongan 1.1207, di mana saya mencadangkan kepada para pedagang untuk menetapkan pesanan Take Profit (TP). Untuk senario kenaikkan harga di atas tahap 1.1250, anda boleh kembali dengan selamat ke pesanan menjual untuk membolehkan harga melantun semula dari tahap maksimum 1.1269.

Isyarat Indikator:

Moving Averages

Pasangan mata wang ini diniagakan di bawah Moving Averages (MA) 30 dan 50, yang menunjukkan sifat penurunan harga pasaran.

Bollinger band

Volatiliti pada indikator Bollinger Bands adalah sangat rendah, yang tidak memberikan isyarat kepada para pedagang untuk memasuki pasaran.

EUR/USD: Pelan Perdagangan Sesi Eropah untuk 22 April. Sambutan Hari Easter pada Isnin.

Huraian Indikator

  • MA (moving average) 50 days - Kuning
  • MA (moving average) 30 days - Hijau
  • MACD: fast EMA 12, slow EMA 26, SMA 9
  • Bollinger Bands 20
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan